Tuesday, April 19, 2011

saRDin KiCaP...

alhamdulillah... E-filling siap dah arini..
then minggu ni kije PETANG...
arini malas masak..ekceli tiap hari malas...
so lauk ni je laha ku wat masak..

sardin masak kicap ajek...

sayur bendi tumis..
masok skali lam nasi..
sure kembang nasi tu karang..hehehe
ok..nak siap2..jap g nk g kije..

Monday, April 18, 2011

e-filling...

wah!! lagi bape hari jek tinggal utk update e-filling nih..tapi aku masih xwat jugak!! kemalasan yg begitu TINGGI sekarang.. nak update blog pon MALAS.. huhuu.. sesapa ada jual vit RRRR.. meh pos kat aku byk2...

aku rindu suasana kampung.. embun dan kabus menyelubungi di waktu pagi... ah!! aku rindu pada seseorang...

Tuesday, April 12, 2011

pOpiAh NesTuM...





tingin mkn menda ni lama dah.. tp malas lak nk membuatnya... sampai kulit popiah tu dah jadi samosa lah,... so hari ni xkije.. cari kulit popiah lagi... n ininlah hasilnya... si hasue penah wat ..letak horlicks..tp aku wat yg biasa2 je lah..

resepi POPIAH NESTUM HORLICKS
asal : HaSue

Bahan2:
2 bungkus popia yg besar (fmina08 guna sebungkus je)
1/2 cawan nestum*
1/2 cawan gula pasir*
1/3 cawan horlicks* (fmina08 xletak pon)
2 sudu makan tepung gandum+sedikit air,jadi paste)-untuk melekat popia
minyak secukupnya(dlm 3 cawan) untuk menggoreng

Cara:
1)pisahkan kulit popia satu persatu
2)Gulungkan dan 'gam'kan hujungnya dengan paste tepung.
3)Setelah semua selesai digulung,gunting dalam 1 inci
4)Goreng sehingga bertukar warna kekuningan,angkat dan toskan
5)Kisar bersama bahan2 * menggunakan pengisar bahan kering
6)Gaul bersama bahan 4 bersama bahan kisar semasa masih suam.
7)Sejukkan sepenuhna sebelum disimpan di dalam balang dan boleh dinikmati bila2 masa..

Thursday, April 7, 2011

TQ ROS JM...

TAHNIAH!!! wat ROS Jintan Manis kerana telah berjaya menghasilkan E-Book dan TERIMA KASIH juga kerana memberikan e-book pree wat semua pelawat Blog Bukan sekadar Masakan di JintanManis.com.

So..pada sesapa yg ingin mencuba resepi2 n tip2 si Ros.. leh la download..14hari je free..pastu xde dah..cepat2 sebelom 21 April ni kalau nak mendonlod pon.. :)

E-book 10 Resepi Roti JintanManis.com by Rosmarlina Binti Abd Ghani

E-Book Tip-tip Membuat Roti by Rosmarlina Binti Abd Ghani

Wednesday, April 6, 2011

BinGkA RoTi berJaGunG

salam petang RABU semua... ni ada kudap2an..sapa nak amikla.. resepi amik kt dapo kak wan..


kak wan..saya cnp resepi ye..


ok lah..ada lebih ni nk bwk bekal g kije.. meh sini check resepi kt bwh...

resepi BINGKA ROTI BERJAGUNG
sumber citarasawan.blogspot.com

Bahan-bahan 15 keping roti sandwich
1/2 tin jagung cream
500ml santan
500ml susu segar
180gm tepung gandum
20gm tepung kastard
3 biji telur
100gm gula halus
85gm mentega cair
1/2 sudu teh garam halus

Hiasan : Hirisan badam, kismis atau yang disukai

Cara-cara : 1. Satukan semua bahan. kecuali roti dan jagung krim. Gaul rata dan masukkan ke dalam pengisar. Kisar hingga halus dan tidak berketul. Kemudian tapis ke dalam mangkuk yang besar.
2. Buang tepi roti dan carik-carikkan ke dalam adunan tadi. Perap selama 20 minit. Masukkan jagung krim dan gaul hingga sebati.
3. Gris loyang atau acuan muffin dengan sedikit majerin. Tuang adunan ke dalam acuan, tabur dengan hirisan badam atau kismis.
4. Panaskan oven pada suhu 180C dan bakar selama 20-25 minit (acuan muffin) dan 30-35 minit untuk loyang yang besar atau hingga masak.

Monday, April 4, 2011

SoYa BEan..SeKrEm DoPosEn PoN aDa..

akibat kepedasan mkn kerang berapi tadi.. cepat2 mencari air..



korang nak jgak??

ke nak cawan yg ni??

x ilang jugak pedas... sekrem ni aku bedal... ada sesapa nk sekrem ni?? murah jek..doposen 1.. tp yg asam lebih2 tu..aku letak rege 5posen.. boleh?? hahahahaha..

KeRanG mAsAk BerAPiiiii...

perghhhhhh.... sudahla cuaca panassssss.... rasa berapi2 je ni... pe tidaknya..lauk ni hah!


KeRaNG mAsaK BeRaPiiiiiiii....


makan sambil mengelap2 peluh jantan dan betina yg berlumba2 keluar.... huhahuhahuha...kepedasan!!

pas mkn..cecepat cari air num?? oh? mn air num aku nih??

resepi KERANG BERAPI
sumber asal : 1) sweety kitchen MyR 2) kak anawaheed

Bahan-bahan ( 2 org makan )
1kg kerang
1cm Halia
4 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah kecil
5 sudu makan sos tiram
10 tangkai cili api
3 helai daun sadri or daun sup.
sesudu minyak makan

Cara-cara
1. Kerang direndam dengan asam keping selama 2 jam untuk memudahkan segala kotoran tanggal.toskan dan cuci sampai besih.Rebus skit kerang.
2. Tumbuk lumat bawang putih, merah dan lada cili.
3. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga garing.Masukkan sos tiram dan kacau hingga sebati.
4. Masukkan kerang, biar rempah melekat dan sebati.tiutup api dan taburkan daun bawang dan sadri.

Saturday, April 2, 2011

AyAm KaTuK n SamBaL TeRAsi

selamat berhujung minggu semua... dah brekfes ke? ekceli aku jarang brekfes.. so layan le menu ayam katuk ni.. lama dah terperuk lam folder... baru terkeluar hari ni..







RESEPI AYAM KATUK
asal : mingguan wanita 4-10 Mac 2011
Source : fmina08.blogspot.com/

Bahan2
Seekor ayam - dibersihkan dan dibelah 4
2 bj telur
sedikit sebuk lada hitam
garam secukup rasa
minyak utk menggoreng

Cara2
1. Panaskan kuali yg berisi minyak.
2. Sapu ayam dengan lada hitam, telur dan garam. Biarkan seketika.
3. Masukkan ayam ke dalam kuali dan goreng hingga masak.
4. Setelah masak, angkat ayam dan toskan minyak.
5. Ketuk ayam dengan penukul besi.(fmina08 ketuk ngan pisau pemotong dgg jek)
6. Sesuai dihidang dengan SAMBAL TERASI/BELACAN yg pedas.

resepi SAMBAL TERASI
bhn2
2oo gm cili merah
200 gm bwg merah
sedikit gula merah
sedikit belacan
garam n gula secukupnya

cara2
tumbuk semua bahan2. panaskan minyak dalam kuali. tumis bahan2 hinggamasak. sedia dihidangkan.

Friday, April 1, 2011

update.... Udang masak Tempoyak..

nyum..nyumm..nyummyy..ni lauk lunch kami...
udang bersalut oats tu especially utk Mina..

penah wat b4 this.. resepi asal dari hasue..

resepi UDANG MASAK TEMPOYAK
...fmina08...my simple life...

bahan2..
udang..kalo ada udang galah lg sedap!!
1/2 inci kunyit idup
10-15 bj cili api..nk pedas.letak banyak2..
2 ulas bwg putih
3 ulas bwg merah
2sudu besar tempoyak
sedikit minyak utk menumis
sedikit garam (tempoyak kan dah masin)

cara2..
1) tumbuk bwg2an, cili api, kunyit hidup sampai lumat.
2) tumis dlm kuali hingga naik bau.
3) masukkan tempoyak dan udang. Letak grm kalau kurang masin.
4) tunggu sampai masak.
5) angkat dan hidangkan bersama2 nasi panas.

Udang bersalut Oats...

salam jumaat...xda idea nk masak pe..udang menjadi menu wajib skg ni.. si Azmina minat giler ngan udang.. so..g skodeng umah kak dayang...


maka terhasillah Udang Bersalut Oats...

http://dayangjack.blogspot.com/2011/03/udang-bersalut-oats.html

bahan-bahan : 10 ekor udang bersaiz L (dibersihkan)
2-3 sudu makan tepung goreng KFC atau tepung goreng serbaguna
sedikit air atau 2 biji telur yang sudah dikocok (DJ guna air sahaja= ikot kak DJ gak)
2 tangkai daun kari(fmina guna serbuk kari..xda daun kari)
Oats secukupnya
minyak dan mentega untuk goreng terendam (DJ campur kedua-duanya = fmina pon sama)

Cara-cara : Satukan udang bersama tepung goreng, daun kari dan air secukupnya. Gaul-gaulkan. Kemudian salutkan dengan oats. Sejukkan sebentar di dalam peti sejuk selama 15-20 minit sebelum digoreng.

Jika menggunakan telur : Gaulkan udang bersama tepung dan daun kari. Kemudian celupkan ke dalam telur dan salutkan dengan oats. Sejukkan terlebih dahulu di dalam peti sejuk. Sediakan minyak dan mentega untuk goreng terendam. Apabila sudah cukup panas, gorenglah udang hingga garing keemasan. Angkat dan toskan. Hidangkan bersama sos cili.