ye lah..dah abes dah suma2 ni..bukan takat jadi baja..
tp dah subur dah kalo baja tu letak kt pokok..hahaha
ni udang masak sambal...
lama dah dok lam folder..
xsempat2 nk publish..hehhehe
masak lauk udang ni boleh dikatakan once a week..
coz azmina suka mkn udang..
xkira la goreng ke..apa ke..janji ada udang, dia mkn banyak..
ni ketam goreng telur masin...hari jumaat wat ni..
amik resepi dr umah kak ayu s'pore..
cuma diubah suai sikit...
xguna cili padi..guna cili mesin..
xletak daun kari..coz xda..hehehe
ketam tu rebus dulu ng asam keping..,xgoreng pon..
then letak la bawang putih n merah sikit..hehehee
Ketam Goreng Telur Masin
Bahan-bahan ( Untuk 2/3 orang )
3 ekor ketam bunga (yang besar)-(Ayu gunakan 3 ekor ketam batu/nipah)
5 biji kuning telur masin-(Ayu gunakan 4 biji saja- ikut macam Seri juga letak putihnya sekali,)
5/6 batang cili padi (dihiris halus)
2 tangkai daun kari (tarik dari tangkainya)
2 sudu makan mentega
3 sudu makan susu cair
2 sudu teh gula -
garam & lada sulah secukupnya-( Ayu tak letak garam sebab putih telur asin dah masin)
Minyak untuk menggoreng
Cara-cara
Bersihkan ketam and potong empat. Toskan.
Kukus kuning telur masin selama 5 minit. Kemudian lecek-lecekkan kunig telur dengan sudu sampai berderai. Ketepikan.-(Ayu tak kukus pun pecahkan aje terus dalam kuali)
Gaul ketam bersama tepung jagung. Panaskan minyak dan goreng hingga ketam bertukar warna. Angkat ketam yang dah digoreng dan ketepikan.
Di kuali yang bersih, masukkan mentega dan goreng cili padi & daun kari hingga wangi.
Masukkan kuning telur masin yang dah dilecek kedalam kuali. Gaul hingga sebati bersama cili padi dan daun kari tadi.
Bubuhkan sedikit garam, gula, lada sulah dan susu cair. Gaul dan akhir sekali masukkan ketam yang dah digoreng tadi.
Apalagi...attack la ketam tu. Gerenti jilat jari.
Sources:-From zizrahim@myresipi.com & http://mummyalsyssa.blogspot.com