Monday, February 21, 2011

~aPaM LaBu~

gara2 kak ummi kuantan dok tayang aPAm LABU semalam...
dengan x semena2 aku pon bersemangat jugak nak wat!!
Labu yg aku beli aritu memang x berusik lagi...
so..bgn jek tido tadi..(aku kj mlm tadi..so bgn lambat leee arini..heheheh)
mulakan projek mengukus2...
huh!lama dah xwat apam...


so...inilah hasilnya...
x mekar langsung!!! almaklumla..xpro..hahhaaha
xleh upload gambar byk2...p1 ni agaknya mengantuk kot...
dan xsempat nk kukus kelapa...
si Mina dah sebok nak!nak!..
layan je lah..selagi dia nak makan... :)

leh tengok resepi kt bawah ni...


APAM LABU kak ummi kuantan
Adaptasi dari: Apam Keledek

Bahan A:-
3 sudu makan tepung gandum
2 sudu teh yis segera
1 sudu teh gula kastor
3 sudu makan air suam

Bahan B:-
240 gm labu (dikukus/rebus)
150 gm gula kastor
1 biji telor
150 ml santan pekat

Bahan C:- (ayak bersama)
200 gm tepung gandum
1 sudu teh Double Action Baking Powder
Cara Membuat:-
Campurkan bahan-bahan A dan kacau hingga sebati.

1) Kemudian biarkan adunan selama 5 - 10 minit.
2) Kemudian campurkan semua bahan-bahan B dan kisar halus. Tuangkan ke dalam mangkuk adunan.
3) Masukkan bahan C ke dalam adunan B yang dikisar sedikit-demi sedikit dan kacau rata.
4) Masukkan pula bahan-bahan A tadi dan kacau hingga sebati. Biarkan adunan sehingga 1 jam (*akak tutup mangkuk adunan).
5) Panaskan kukusan dan bolehlah dituangkan adunan tadi ke dalam loyang besar atau acuan-acuan kecil yang telah disapu dengan sedikit minyak dan kukuslah hingga masak (*akak guna acuan kecil dan kukus selama 15 - 18 minit).
6)Hidangkan bersama kelapa muda parut yang digaul dengan sedikit garam dan kukus kelapa sebentar agar kelapa tidak mudah basi.

5 comments:

  1. rajen misi meengapam..mintak seapam blh? hahahaha

    ReplyDelete
  2. nOOrsha...
    hahahaha..rajin menda nya...terkena jangkitan apam nih.. nak seapam? abes dah..

    Paty's kicen..
    ya betul!! tq singgah sini..

    ReplyDelete
  3. laaaaa ko bikin je lam tido ko tu, wat per bangun...kih kih kihhhh kihhh...rerasa ada air liyo basi tak ko nyer apam tu..mueh mueh mueh..tapikan, sian ah, aku bagi compliment sket ah, TAHNIAHHHHHHHHHH!!! Anda telah berjaya dengan apam anda!!!

    ReplyDelete
  4. abbot!!!
    ko jahat!!...sebab termimpi2 la aku bgn trus dr tido nk mkn apam labu!!
    iklas x bg komplimen tu? tau lah xsemekar mana pon..huhuhuhu menciiiik ko!

    ReplyDelete