Thursday, September 30, 2010

hampehhh..

pesal tah xleh upload gambo...
dah mengong gaknya blog aku nih..
kena serang dek kulat!!
ha3...
asyik2 kua words 'done, but with errors on page'..
so aku nk g 'beraya' ni..
kt umah sesapa yg aku sempat singgah..
haaaaa..nantikan kedatangan aku..
jgn lupa sediakan air sirap limau paling tidak pon..

Thursday, September 23, 2010

koktel kastad simple...

wat semalam petang...
wat sejuk anak tekak...
walhal ujan lebat giles smlm...

anak2 pon sukeeeee....
resepi kt bwh ni...

KOKTAIL CUSTARD ISTIMEWA by Mrs Shieza MyR and kak Nor..
1 tin buah2an koktail campuran
1 tin nata de coco
1 tin nenas kiub
ceri merah dibelah dua (optional)
agar2 merah ~ yg ni k.nor tak letak
utk kuah custard:1 tin susu cair (IDEAL)
2 sudu besar tepung kastard (larutkan dlm sedikit air)
6 sudu besar gula (kalau tak suka manis kurangkan sbb air koktail tu dah manis)
2 sudu kecil esen vanilla ~ k.nor letak 1 sudu jer
Susu cair dimasukkan ke dalam periuk dan di masak atas api yg sederhana.
Kemudian masukkan gula, larutan tepung kastard td dan esen vanilla.
Kacau hingga pekat. Jangan berhenti kacau sbb takut kastard tu bergentel.
Bila campuran susu dan kastard td tu dah bertukar warna kekuningan dan pekat, boleh la tutup api. Ketepikan dan sejukkan.

Satukan campuran buah2an koktail, nanas kiub, agar1, ceri dan nata de coco td ke dalam mangkok besar.
Masukkan sekali air di dalam tin buah2an koktail dan nanas td.
Kemudian masukkan 3 - 4 sudu kuah kastard yg dimasak td ke dalam campuran koktail td atau ikut suka nak letak banyak mana, nak pekat ke nak cair.
Gaul sebati dan kemudian sejukkan.
Kalau suka bolehlah dihiaskan dgn ceri merah.
Lagi sedap kalau ditabur kacang tanah yg dimesin kasar.

Wednesday, September 22, 2010

cOmeiii kan???

my NEW P1 prepaid...
opps..not mine..my Asben yg punye...
dah try ritu...
power giles dr yg ada skg nih...
tp menda nih my asben bwk g kije...
so I guna P1 yg lama jek...
celcom pon ada...tp slow lah..
kt kg ok lah pakai celcom..ha3..
coz P1 xda kt SRI MEDAN tuh....
sekian saja cerita mengarut hari ini...
selamat menjamu selera...

Tuesday, September 21, 2010

riCh ChOc PuDDinG...

hahaaaha..comot tol mak mina wat...
aktiviti petang semalam..

hu3..hasilnya xla secantik org yg pro mcm mereka2 tu..
tapi...
mmmmmm....yummyliciousssss...
cuma agak manisla..
walaupon gula dah dikurangkan 1/2 cawan...
maaf ye kak..adjust sket2..

RICH CHOC PUDDING..by kak jun n kak Nor

1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1/2 cawan susu tepung
1/2 sudu teh garam
4 1/4 cawan air
4 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar butter
1 paket serbuk agar2 (10-11gm)
Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih.
Masukkan butter, kacau hingga pekat.
Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai.
** untuk puding ni n puding2 lain, kalu nak senang keluarkan bila dah beku, basahkan dulu acuan sebelum memasukkan puding..bila dah beku, insyaAllah senang nak keluarkan

Monday, September 20, 2010

salam...

salam....salam sejahtera wat semua...
lama x update blog nih...
bkn malas...cuma xsempat jek..
masih dalam mood berHARI RAYA kan???



terima kasih wat kembar (lahir lain tahun) aku....
kerana sudi memberi gift ini utk kami bdua...
we likeeeeeeee it!!

Friday, September 3, 2010

sELamaT haRi RaYa...n slmt bcUti

tuan tanah mengucapkan selamat hari raya
maaf zahir n batin..
kalau ada salah n silap sepanjang bblog ni..
dan dengan rasminya..
tuan tanah akan BERCUTI sebelom RAYA till HARI RAYA...
hahahahaha...
akan memulakan pekerjaan pada 13 SEPTEMBER 2010!!!
pas solat jumaat akan bertolak balik...
ke kampung halaman di SERI MEDAN..
batu pahat JOHOR...
doakan pjalanan kami selamat yek..
terima kasih didahulukan wat semua...
sayang u alls...
mmmuahhhhssss..

Thursday, September 2, 2010

MERDEKA!!!...YaHoooOOO...

abes sudah keje mlm..
4malam yg adoyaiiiiii...
xla bz...
tapi..dah nama pon keje MALAM...
huhuhuhuhu..

dengan rasminya..
aku MERDEKA!!!!...
sukeeeeeee....
leh balik KAMPUNG!!!
tp bukan rini yek..
sok MALAM...
aZam still skola esok..
huh!! mesti jem gilessss sok ni...

k la...tido dl ek..
gud nite..hahahaha

Wednesday, September 1, 2010

mUrtAbAK TunA...

hahahahh!!!..
menjadi jugak...hasil skodeng dapo si ros jintan manis...

resepi sini
tq ros....
selamat berbuka semua...

Bahan-bahanya

untuk kulit murtabak - (beberapa keping kulit popia)

*inti murtabak*
1 tin kecil tuna dlm tin atau seachicken
3 biji telur ayam
1/4 biji kobis saiz sederhana ( dihiris halus)
2 biji bawang besar didadu
serbuk kari ikan
garam

*untuk kuah bawang merah*
1/2 biji bawang besar ( saiz kecil)
1 sudu besar cuka
1 sudu besar sos cili maggi
beberapa titik pewarna merah ( sirap)
sedikit gula dan garam

Cara-caranya

1. Campurkan kesemua bahan inti dan kacau sebati, ketepikan.

2. Buat kuah bawang merah, hiris nipis bawang besar, kemudian campur dengan sos cili, cuka, sirap, gula dan garam, simpan di dalam bekas dan letak di dalam peti ais beberapa jam.

3. Ambil sekeping kulit popia, dan sendukkan satu senduk bahan inti tadi dan curahkan di tengah-tengah, lipat empat segi dan goreng murtabak seperti menggoreng roti canai, masak hingga permukaan nye perang dan agak garing, angkat dan hidangkan. Sedap dimakan bersama kuah bawang merah atau kari ayam, Selamat Mencuba.

teNeT yg SloW cam pe tah....

menu berbuka SEMALAM...
AyaM MaSAK kIcAp


SAYur LemAk KobiS..

samBAl KacAng...

ketUPAt xPressss...
maCAm2 dah mAsak utk BbUKa..
tp xda MOOD nk post..
teNET sLOw mcm siPUt...huhuu
hah? kue siput??
huwaaaa...
li kue tunjuk2 jek thn ni..
xpon angkut jek dr uma my MIL..
heheheehehe..