Friday, August 13, 2010

Talam Berlauk 1st Trial...

talam berlauk..

utk aku bbuka posa kat wad nanti...
ni gara2 mamahawa s'pore le ni...
kepingin banget..
lantas ku gagahkan diri wat kuih ni..
resepi di sini
tapi yg aku wat ni ikut resepi my mom..
jgn mara ye kak fyda n mamahawa...

Talam berlauk -Kak Fida MyR

Bahan-bahan ( loyang 11x11 inc. )

  • Adunan tepung :-
  • *230 g tepung beras (cap gajah)
  • *60 g tepung jagung
  • *2 sk gula
  • *garam secukup rasa
  • *1/2 sk serbuk lada sulah
  • *1,100 ml santan pekat
  • Bahan utk lauk :-
  • 300 g daging cincang
  • 180 g isi ayam - potong dadu- x letak
  • 1 hiris halia - ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 1 sk serbuk lada sulah
  • garam secukup rasa
  • minyak utk menumis
  • Bahan taburan :-
  • 2 cawan bawang goreng
  • 8 tangkai daun sup dan daun bawang - dihiris
  • 3 batang lada merah - dihiris halus (lebihkan jika suka pedas)

Cara-cara

  1. Panaskan minyak dan tumis bwg putih dan halia hingga wangi dan masukkan daging dan ayam dan masak hingga kering lalu masukkan perasa dan 1/2 bahan taburan.Gaul rata dan masak terus hingga kering.Sejukkan.
  2. Satukan adunan tepung* ke dlm periuk, kacau hingga tidak berbintil dan masak atas api perlahan hingga sederhana pekat. Kemudian masukkan lauk yg tlh disejukkan tadi dan kacau lagi 5 min.
  3. Tuang adunan ke dlm loyang berlengser minyak dan taburkan permukaan adunan dgn lebihan bahan taburan rata2.
  4. Kukus selama 20 min atau hingga masak. Biarkan kuih benar2 sejuk, potong dan hidangkan.

6 comments:

  1. haaaaa..tu dah buat seloyang jangan buat2 ckp dah habes nak buat buke nanti, ni dah tempah awal2 nak setgh loyang antor siam hihihi...

    ReplyDelete
  2. kuih talam satu talam plssssss! munjung jgn tk munjung ke jepong!

    ReplyDelete
  3. Wah kak rajinnyer.. erma suker.. kat sini susah nak jumpa yang ader kuih cara berlauk.. hu huhu x samer.. nak join gak wat buker

    ReplyDelete
  4. macam2 adaaaa. apsal nko tak letak nasik skali. muehehehehe

    ReplyDelete
  5. 1st time dengar nama tu..mmg terliur...

    ReplyDelete
  6. tu tahu goreng ke yang kuning² tu?

    ReplyDelete